Bulletin Sains | ||
Author :
Ramli Osman; Nurmi Rohayu Abdul Hamid
Title : Proses penghasilan klon-klon tanaman getah
Volume :
11
Issue :
1
Page No :
18
-
20
Abstract
Kini Malaysia telah menjadi pengeluar getah asli ketiga utama atau terbesar dunia selepas Thailand dan Indonesia. Sejak tanaman getah menjadi tanaman komoditi bagi kebanyakan negara terutama di rantau Asia sehingga tahun 1990 Malaysia adalah negara pengeluar getah asli ketiga selepas Thailand dan Indonesia. Faktor utama penurunan status pengeluar utama adalah penurunan keluasan kawasan tanaman getah berbanding peningkatan di Thailand dan Indonesia. Pada tahun 1995 keluasan tanaman getah Malaysia adalah 1.679 juta hektar turun kepada 1.025 juta hektar. Sebaliknya keluasan tanaman getah di Thailand telah meningkat kepada 2.591 juta hektar pada tahun 2011 hektar daripada 1.949 juta hektar pada tahun 1995. Dua faktor utama menyebabkan keluasan tanaman getah kita menurun; pertama, penanam getah beralih kepada tanaman komoditi lain terutamanya tanaman kelapa sawit kerana harga yang tinggi dan stabil berbanding getah; kedua, kekurangan tenaga buruh terutamanya penoreh mahir.
|