Article
Projek keberkesanan rawatan organik ke atas penyakit akar putih di projek getah untuk pribumi (GUP) negeri Sabah
Projek keberkesanan rawatan organik ke atas penyakit akar putih di projek getah untuk pribumi (GUP) negeri Sabah
Mohd Zaidi Lakim; Mohd Saifulzaman Zulkifli; Mohd Nor Hasan
Buletin Sains & Teknologi (2018) 18(1):6-21
ABSTRACT :
Penyakit akar merupakan penyakit yang paling kronik dalam penanaman getah kerana ia boleh menyebakan pokok getah mati dan berjangkit. Penyakit ini disebabkan oleh kulat miselium atau dikenali sebagai Rigidoporous lignosus, yang pada mulanya menyerang pada permukaan akar sahaja. Lama-kelamaan, kulat tersebut menembusi tisu kayu menyebabkan akar menjadi reput dan seterusnya mematikan pokok. Penyakit akar boleh berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar, iaitu apabila akar pokok yang sihat bertemu dengan akar pokok yang berpenyakit. Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku disebabkan oleh spora yang memasuki akar melalui tisu luka yang terdedah yang terdapat di bahagian batang atau dahan yang boleh menyebabkan kematian pokok, jumlah pokok akan berkurangan, selain jumlah hasil lateks dan kayu per unit kawasan akan berkurangan (Salmiah 2010). Rawatan kimia dan manual telah diperkenalkan bagi merawat penyakit ini, namun peratus pemulihan dan pencegahan masih rendah. Sementara itu, rawatan secara organik masih belum dijalankan secara meluas. Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan kajian semasa keberkesanan rawatan organik ke atas penyakit akar putih di Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) Sabah.
Contents Type Price
zaidi_2018_projek_keberkesanan_rawatan
RM 10.60